Sunday, June 13, 2010

kEHIDUPAN ORANG BERCINTA

ini lah kehidupan sesetengah orang bercinta...kadang2 apa yg mereka buat ini
smpai menjadi buah mulut masyrakat...apa yg aku tulis ni bukan untuk mengumpat atau mengata orang
tapi ini adalah apa yg aku rasakan....

hmm nak kata dah kawin
rasanya belum lagi
bila tanya bila nak kawin?
katanya..emm entah tak tau lagi

pegang2 tangan tak takut dosa
berpeluk-pelukan tak malu muka
tak tahu menjaga maruah ibu bapa
mereka mengharap anak nya belajar untuk berjaya

dulu masa single OK sahaja
sekarang dah bercinta banyak buat dosa
bila ditengur buat tak tahu sahaja
ada tu kite pulak yang kena merah nya
apa kulit dah tebal ke nak masuk neraka??

suruh sembahyang nanti2
boyfriend telefon terus pergi
nak bersyukur memang jauh sekali
boyfriend bagi bunga itulah yg dipuji2

kalau diri dah gatal sangat
kahwin sajalah lagi selamat
hidup bercinta tak ada matlamat
ingin suka2 penuh syarat

bukan mengata  bukan mengumpat
siapa suruh buat wayang tak bertempat
kalu tak suka diri di umpat
jangan buat hal yg tidak tepat

pegang sana pegang sini
tidak takut susut nilai
kahwin pon belum tentu lagi
kalau tidak jadi
hilang permata bernilai

itulah tuhan bagi akal tak pakai
tuhan bagi hati tak tahu menilai
diri sendiri yang lalai
baik buruk pon tak dapat menilai

kalau orang cakap jaganlah mrah
bagi ingatan pekara yg salah
supaya tidak mendapat susah
menjadi insan yg bermaruah

pekara lepas jangan dikenang
hidup bukan untuk bersenang
pintu taubat tu luas terbentang
untuk insan yg ingin menang...

ingatlah wahai sahabat sesunguh nya cinta yg halal itu hanyalah cinta selepas nikah...
KATAKAN TIDAK PADA ZINA

ku pohon seribu kemaafan

MAAF
kalau aku sering berlaku songsang
MAAF
kalau aku sering kekurangan
MAAF
kalau aku sering mencipta kebosanan
MAAF
kalau aku menguji kesabaran
maaf jua kupinta
kalau aku sering mewujudkan kekusutan
kadang2 bila semua orang gembira
aku sendiri berduka
bila orang sibuk bercakap itu ini
aku sibuk memikir diri sendiri
suka atau benci
aku terpaksa laluai
sekali lagi maafkan diri ini....

Wednesday, June 9, 2010

HAYATI BERSAMA

coretan ini bukan untuk mengumpat atau mengata..ia hanya sekadar nasihat untuk semua insan yg begelar bakal mayat...maf andai ada yg terguris atau terasa..huhu

apabila hidup berkat diri akan selamat.Apabila diri selamat keluarga pon menjadi sepakat masyarakat pon muafakat negara pon jadi kuat..negeri luar pon jadi hormat permusuhan pon tersekat pembangunan pon meningkat dan kemajuan menjadi pesat... tapiiiiiiiiiiii

awas apabila pembangunan meningkat
kemajuan menajdi pesat bangunan naik bertingkat-tingkat

apabila bangunan naik bertingkat-tingkat
apa lagi tempat maksiat pon tumbuh macam kulat
apbila tempat maksiat tumbuh macam kulat
ketika itu manusia boleh mengubah tabiat
ada yang jadi ulat ada yg jadi lalat
apabila manusia menjadi ulat
sembahyang makin hari makin liat
apabila sembahyang makin hari makin liat
yg baik pon boleh jadi jahat
yg miskin pulak nak kaya cepat
orang tua pulak nak mati lambat
tak dapat madu telan saja minyak gamat...

yg lelaki mula pakai seluar ketat
rambut pula jarang bersikat
liar rohani ikutan barat
yg baik jadi jahat
semua mula lah nak tunjuk hebat
lumba haram selalu dibuat
ganja dan dadah dibuat ubat
akhirnya hidup makin melarat
menyesal tak sudah dunia akhirat

yang perempuan pakai mini sekerat
suka pakai baju ketat
suka sangat tunjuk pusat
hingga tak peduli lagi batasan aurat
pakai pulak yang singkat-singkat
baju tak berlengan  pilihan sejagat
orang melihat naik meluat

jadi macam ni siapa lihat pasti tercegat
gaya hidup macam orang barat
halal haram tak ambil berat
tiada peduli agama dan adat
yang berdosa semua dibuat
tak takut Allah dan malaikat
maka melatah lah maksiat

maknanya ketika itu
iblis gembira melompat-lompat
ramai??
habis manusia dah masuk jerat
habis manusia dah sesat
inilah senario masyarakat
oleh itu wahai saudaraku rakan dan sahabat
marilah kita pakat beringat
bahawa dunia ini dah makin singkat
esok lusa mungkin kiamat
sampai masa kita semua akan berangkat
menuju negeri akhirat

disana kita ditanya apa yg kita buat
masa tu sendiri baru ingat
banyak mana mu buat ibadat?
zaman muda mu apa mu buat?
harta benda mu dari mana mu dapat?
ilmumu takkan dimanfaat

semoga ini dapat ingatkan yg lupa
mencelikkan yg buta
mendegarkan yg pekak
melenturkan yg liat
melabuhkan yg singkat
marilah kita meninggalkan maksiat
bekejar untuk merebut ibadat
jangan nanti apabila pintu taubat dah rapat
kau baru nak beringat
tapi masa tu sudah terlambat...

sama-samalah kita nasihat menasihati
salam dari bakal mayat





Seribu tanda tanya??

seribu tanda tanya buat aku..kenapa manusia dibezakan
kenapa...kenapa dan kenapa?????

mengapa manusia dibeza-beza kan
apa beza si miskin dan si kaya
cuma wang pengukur darjat
itukah jawapan nya??

kenapa si cantik menghina si hodoh??
adakah kerana rupa paras??
bukan kah tiada beza
tetap manusia yg bernyawa
bukan nya boneka ciptaan kita

aku pelik mengapa si pandai menghina si bodoh??
kenpa si pandai tak mengajar si bodoh
supaya mereka menjadi setaraf

tetap menjadi tanda tanya
mengapa manusia dibezakan
bukan kah kita dijadikan oleh tuhan yg satu
dari segumpal darah keterunan adam
sama ada hitam atau putih

cantik atau hodoh
miskin atau kaya
pandai atau bodoh
ia tetap bernyawa dan berakal
tapi kenapa ia mesti dibeza-bezakan???



Buat Insan yg begelar sahabat

sajak ini aku dedikasikan khas buat insan yg begelar sahabat

SAHABAT
jika hari ini aku terlalu gembira
sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah
jika aku bersedih tanpa kata
pujuklah aku dengan tarbiah pencipta
jika aku lemah tidak berdaya 
ingatkanlah aku dengan  kehebatan syurga
jika antara kita ada tembok yg memisahkan
ajaklah aku meleraikan segera
jika pernah hatimu terluka
luahkanlah agar aku berubah
dan jika esok aku lena tanpa terjaga
iringilah lena ku dengan kalungan doa dari mu wahai sahabat
berjanjilah sahabat
ukhuwah kita untuk selamanya...

kita mempunyai ramai kawan tapi dalam ramai-ramai itu sukar untuk kita mencari seorang yg bernama SAHABAT...kawan hanya ada bila kita dalam keadaan senang dan hilang bila kita memerlukan mereka..tapi SAHABAT dia akn sentiasa berada di sisi kita sama ada susah atau senang...cari lah sahabat yg selalu mengingatkan kita tentang akhirat seperti hadis nabi Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

mudah-mudahan kita menjadi seorang sahabat di dunia dan di akhirat

salam sahabat dr bakalmayat

Pesanan Roh Kepada Manusia

Buat semua bakal-bakal mayat ingtlah wahai sahabat apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”.
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:“Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku.Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.
Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: “Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-
  1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
  2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
  3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
  4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
  5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
  6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
  7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
  1. Orang-orang yang mati syahid.
  2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
  3. Orang berpuasa di hari Arafah.”
mudah-mudahan apa yg disampaikan ini dapat mmbri manfaat kepada kita...
pesanan dr penaja:
-beribdat lah kita kepada Allah selagi kita masih mmpu melihat dunia ciptaan ilahi ini 
-selagi kita msih mampu bertubat maka taubat lah jangan kita tunggu sampai pintu taubat itu tertutup rapat...
sekian saja dr BAKAL MAYAT
wasalam

Mengapa lidah kita kelu disaat kematian??

Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT...
KEMATIAN itu pasti menjelma.... Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.” Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang...Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan....
Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “LailahaillAllah..” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah..” semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Ya Rabbal A’lamin..”
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. KEPADA SAIDINA ALI R.A.
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
  1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
  2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
  3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
  1. Jujur dalam berkata-kata.
  2. Menjauhi segala yang haram.
  3. Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
  1. Merahsiakan ibadahnya.
  2. Merahsiakan sedekahnya.
  3. Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
  1. Takut berlaku dusta dan keji.
  2. Menjauhi kejahatan.
  3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
  1. Mengawasi dirinya.
  2. Menghisab dirinya.
  3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket... 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.... Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya....

buat semua bakal-bakal mayat sekalian berdoalah semoga Allah SWT selalu merahmati, dan mengampuni dosa kita semua, begitu indah semoga kematian kita husnul khotimah

kematian itu satu kepastian

PERGI TAK KEMBALI

11.5.2020 1530pm...perginya seorang insan yg amat aku syg sapa lagi kalu bukan nenek aku yg bersusah payah menjaga aku dari aku lahir sampai lah umor aku 3 tahun..siapa sangka baru saja aku mndgr gelk tawa nya..tiba2 dia pergi meninglkan aku buat selamanya...aku agak terkilan kerana tidak dapat berda disisi nya ketika saat kematian beliau..baru je ingat nk balik kampung dan jmpa dengn nenek aku tp nk buat macam mane tuhan lebih syg kan die...sabar dan redha je la..sbgai mnusia aku kne yakin bhwa setiap yg hidup pasti akan mati dan setiap pertemuan pasti ada perpisahan...aku pon akan jd macm dia jugak cuma aku tak tahu bila??bagaimana??dan di mana??yg pasti kita kena bersedia sekrang kerana mati tu tak mengenal usia..baek muda atau tua bila2 je boleh pergi menghadap pencipta kita...kalau boleh aku pon nk jadi macam nenek aku meninggal dalam tidor selepas waktu zohor...kepergian nenek aku mmg mmberi satu kesan yg amat besar dlm hdup aku smpai sekrang aku rasa seolah2 berada di alam mmpi aku seperti tdk percaya dengan ape yg terjadi....tp apa kan daya aku harus terima semua ini aku tak de hak untung manghalang nenek aku untuk pulang ke sisi Allah...sebgai seorang cucu yg amat syg gileee dgn nenek die aku harus berdoa dan terus berdoa supaya arwah nenek aku ditempatkan di tempat orang2 yg beriman..semoga roh nya di cucuri rahmat dan diringankan azab seksaan kubur...akhir kata dr aku NENEK SAYA SAYANG NENEK..semoga nenek berbahgia di sisi Allah...hanya doa shja yg mmmpu sy berikan semoga doa dr kami cucu2 nenek dapat membntu nenek di sana....


sajak ini khas untuk arwah nenek aku...


Hembusan keemasan hingga kehujungnya
Tiada nafas mengalir jua
Hidup di dunia sudah berlalu
Kini kau kosong...tiada lagi
Bawalah jasadmu ke alam yang kekal,
Diiringi kemalapan sang mentari,
Juraian air jernih menitis kesyahduan

Tinggallah bayangan,tinggallah kenangan 
Tanah merah menjadi saksi
Perginya kau tak kembali
Kau pergi ke pangkuan ilahi

Kelak,Ku akan mendampingimu jua....


salam sayang dr cucu mu...