Saturday, July 17, 2010

KAMU PERLU MERUBAH DUNIA INI.. WALAUPUN ANDA KESEORANGAN


muslim warriorMasyarakat muslim cukup
unik binaan strukturnya. Islam mendidik
individu-individunya agar setiap orang
daripada mereka menjadi satu unit yang
lengkap lagi melengkapi. Dia seumpama
batu-bata yang teguh, disusun bersama
batu bata yang lain dalam binaan yang
besar. Proses ini bermula sejak
pembentukan masyarakat Islam
pertama di bawah petunjuk Nabawi. Antara
seruan pertama Islam ialah sabda Rasul
s.a.w (yang bermaksud):
Allah memberi hidayah melalui kamu
seorang lelaki lebih baik bagi kamu
daripada unta Humr an-Niam (jenis unta
yang paling tinggi nilainya) [Muttafaq
alaih)
Semenjak saat itu, setiap individu
daripada generasi awal Islam memikul
fikrah Islamiah dan aqidah yang
murni dalam pemikiran mereka, begitu
juga keimanan yang mendalam dan mantap
di dalam jiwa-jiwa mereka.
Sehingga ianya terserlah dalam
kata-kata, tingkah laku dan gerak diam
mereka.
Setiap individu di kalangan mereka
seolah-olah membentuk sebuah umat.
Sebagaimana sabda Nabi s.a.w terhadap
peribadi Abu Ubaidah al-Jarrah:
Dia diutuskan sebagai sebuah umat
Khalid al-Walid di medan perang mewakili
sebuah umat. Beliau bertanggungjawab
melemah dan menumbangkan Rom di tanah Arab.
Abdul Rahman bin Auf di dalam bidang
ekonomi mewakili sebuah umat. Dialah
yang berperanan memecahkan monopoli
Yahudi di Madinah yang sekian lama
sebelumnya menguasai kegiatan ekonomi
Madinah.
Umar al-Khattab dalam soal keadilan
mewakili sebuah umat. Lorong-lorong
Madinah dijelajahinya untuk menangani
permasalahan rakyat. Gabenor dan
penguasa dihimpun setiap tahun untuk
dikaji siasat. Perhimpunan haji saban
tahun dijadikan tele-aduan umat.
Musab bin Umair pula dalam usaha
dawah mewakili sebuah umat. Tiada satu
rumah di Madinah melainkan dimasuki
sinar dawah Islamiah dan petunjuk al-Quran.
Muaz bin Jabal dalam soal halal haram
mewakili sebuah umat. Zaid bin Thabit
dalam soal hukum hakam pusaka mewakili
sebuah umat. Banyak dan banyak lagi
contoh individu di kalangan mereka yang
sedemikian.
Benarlah kata-kata Abu Bakar as-Siddiq
yang menyifatkan:
"La Yuhzamu Jayshun Fihi Al-QaQa Ibn
Amr - Sawtu Al-QaQa Fil Maarakati
Yadulu Alfa Rajulan"
Takkan terkalahkan tentera didalamnya
ada al-Qaqa ibn Amr, Suara Qaqa di
medan perang menyamai seribu pahlawan.
Bukankah beliau mampu menyusun kembali
tentera muslimin yang kucar kacir,
menaikkan semangat juang mereka,
mengacau bilaukan musuh, mencari titik
kelemahan mereka dan lain-lain lagi.
Sewaktu pembukaan Mesir oleh tentera
Islam di bawah Amr al-As, Umar
al-Khattab telah mengirim 4 ribu tentera
sebagai tambahan. Pasukan tambahan
tentera ini disertai oleh Zubair
al-Awwam, Miqdad bin Amr, Ubadah bin
Shamit dan Muslimah bin Mukhlid, yang
dikatakan setiap orang bernilai lebih
dari seribu orang. Saydina Umar memberi
amanat kepada Amr bin al-As, "Kamu
harus tahu bahawa kamu mempunyai 12 ribu
tentera, dan 12 ribu tentera tidak akan
dikalahkan disebabkan bilangan mereka".
Dan berlakulah pembukaan Mesir yang
agung di dalam sejarah Islam.
Setiap seorang daripada mereka hanyalah
seorang individu, tetapi dengan tekad
kemahuan serta amal kerja, dia
seolah-olah sebuah umat, mengubah wajah
sejarah dengan usahanya itu. Sebagaimana
yang dikatakan:
Amal praktik seorang lelaki di kalangan
seribu lelaki lebih baik daripada
kata-kata seribu lelaki kepada seorang
lelaki.
Mereka berusaha seolah-olah tiada
sesiapa di sekelilingnya yang turut
bekerja bersamanya.
Seolah-olah dia ingin memulakan binaan
Islam dengan tangannya dan
menyempurnakannya dengan tulang empat
keratnya.
Kesungguhan inilah yang didapati oleh
Umar al-Khattab di kalangan tenteranya.
Beliau berkata:
Sungguh mengkagumkan aku, panglima
perang yang jika kamu melihatnya, kamu
menyangkanya seorang tentera bawahan
yang patuh. Mengkagumkan aku juga,
tentera bawahan yang jika kamu
menyaksikannya, kamu menyangkanya
seorang panglima berkaliber.
Lantaran ini, mereka telah merubah
sejarah dunia, memimpin dan membinanya
dengan baik.
Tiada seorang pun di kalangan mereka
yang memperkecilkan dirinya atau apa
yang dilakukannya. Mereka amat memahami
sabda Rasulullah s.a.w:
Sampaikan daripada aku walaupun
sepotong ayat
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
Amal kerja dan sumbangan mereka tidak
terhenti di satu tahap, bahkan ke
penghujung nafas yang terakhir. Lihatlah
Abu Ayyub al-Ansori yang mati syahid di
pinggir pagar kota Konstantinople dalam
usianya 80 tahun. Pada saat kematiannya,
dia tidak menghentikan sumbangannya
kepada Islam, bahkan menyampaikan kepada
muslimin sebuah hadis yang pernah
didengarnya daripada Nabi s.a.w:
Sekiranya Kiamat berlaku sedangkan di
tangan salah seorang daripada kamu anak
pokok, maka tanamkanlah ia
[Diriwayatkan oleh Ahmad]
Nilai dan sikap ini satu fenomena biasa
di dalam masyarakat muslim pada
sepanjang zaman. Setiap individunya
menjadi batu-bata kepada binaan Islam
yang agung. Mereka saling memperkukuhkan
yang lain dalam segenap bidang dan
lapangan. Hasil usaha mereka yang gigih,
sesiapa yang melihat binaan Islam akan
berkata: Alangkah indahnya! Alangkah
hebatnya Islam!
Dengan penuh tawadhu dan ikhlas, mereka
tidak rela diri mereka hidup dengan
kehidupan haiwan yang didambakan oleh
mereka yang kufur kepada Allah.
Dan orang-orang yang kafir berseronok
dan makan seperti binatang ternakan
makan. Nerakalah tempat mereka
[Muhammad: 12]
Mereka tidak akan duduk berpeluk tubuh
melihat sekeliling tanpa melakukan
sesuatu. Akan tetapi mereka mengangkat
slogan Nabi s.a.w:
Orang mukmin kepada mukmin yang lain
seperti satu binaan yang saling kuat
menguat satu sama lain
[Muttafaq alaih]
Lantaran itu kita dapat lihat Ibnu
al-Haitham, Ibnu al-Nafis dan Ibnu Rusyd
saling lengkap melengkapi
kepakaran mereka. Setiap seorang
daripada mereka saling menguatkan yang
lain untuk meninggikan binaan
Islam.
Akan tetapi pada zaman yang semakin
kabur ghayah, bercampur aduknya visi
hidup serta bersimpang siurnya misi
masyarakat, pada saat yang sama binaan
Islam semakin goyah dan rapuh, siapakah
yang ingin mewakili umat mengembalikan
binaannya yang agung?
Siapakah yang akan mewakili umat
mengembalikan manusia kepada Tuhannya,
memerdekakan mereka daripada belenggu
syahwat, hawa dan material?
Siapakah yang akan mewakili umat
menyelamatkan mereka daripada kejahilan?
Siapakah yang akan mewakili umat
mempamer keindahan kesyumulan Islam dan
membongkar wajah hodoh sekular?
Siapakah yang akan mewakili umat
mengembali martabat syariat serta
menumbang kezaliman hukum manusia?
Siapakah yang akan mewakili umat
menyekat ancaman serangan Zionis dan
Salibi Antarabangsa?
Siapakah yang akan mewakili umat memecah
monopoli Yahudi dan US, menyediakan
barangan alternative kepada barangan mereka?
Siapa? Siapa? Siapa?
Pastikan kita!!!

DAKWAH
JIKA BUKAN KITA SIAPA LAGI?
JIKA BUKAN SEKARANG BILA LAGI?

0 comments:

Post a Comment